My journey

Selamat Datang ke blog Perth Experience.

Tujuan ianya di buat adalah untuk memberitahu kepada semua keluarga, sanak saudara dan sahabat handai aktiviti-aktiviti yang berlaku semasa kami berada disini. Jadi andai kata ada yang nak pergi holiday ke sini, kiranya blog ini dapat memberi panduan sedikit sebanyak tentang Perth.

Jadi, apa tunggu lagi, Jom Chillex......




Thursday, September 2, 2010

Weather and Moisturiser

Negara Down Under ni ader 4 musim iaitu Summer,Autumn, Winter and Spring atau pun musim panas, luruh, sejuk dan bunga. Musim panas kat sini lebih kurang dalam bulan December,so tak der SNOW kat sini melainkan di Blue Mountain (dekat ngan Sydney). Sesapa yang nak holiday masa cuti sekolah akhir tahun, silalah datang ke Perth sebab kebanyakkan aktiviti yang menarik memang masa bulan ni. Cuma weather lebih perit sikit ler dari kat Malaysia. Kekadang boleh touch sampai 41 degree pada waktu matahari tengah tegak kat atas kepala.

So pada tiga musim lagi, suhu agak sejuk sikit. Fall dalam bulan March which kebanyakkan daun-daun pokok dah mula luruh. Kekadang bebulan-bulan tengok banyak pokok togel jer macam dah mati tapi sebenarnya hidup. Paling tak best sekali Winter sebab suhu boleh touch sampai 3 degree. Sejuk wei....unless you all memang suka dengan suhu yang sejuk banget ni oklah. Hujan tak menentu. Kekadang kaji cuaca kata esok hujan tapi tak hujan tapi bila dia kata ari ni panas tapi hujan pulak. So selalunya depa overcast. Bila musim hujan angin memang kuat sebab angin gurun bertemu plak ngan angin laut, perghhh.....sojuk giler dibuatnyer. Kekadang turun hujan air batu besar bola golf macam yang baru berlaku pada bulan March 2010 yang lalu. Jadi mana-mana kereta yang parking kat open parking tu, alahai kesian kalau tengok. Dahler cermin retak, body kereta tu macam kena ketuk dengan benda bulat. Habis berlekuk-lekuk. Insurance tak covered plak tu. So kalau datang Perth ada ternampak kereta yang macam kena tembak tapi tak berlubang tu maknanya akibat hujan air batu ler.

Spring pulak begin in September. Masa Spring ni bunga-bunga mulalah berkembang. Mana pokok-pokok yang togel dulu dah mula nampak pucuk daunnya. Hujan adaler sikit-sikit. Cuaca agak sejuk lebih kurang 17 degree. Kalau tak nak datang holiday masa Summer so kena datang masa Spring. Banyak event masa Spring ni. Cuaca yang begitu nyaman sekali dengan udara yang begitu segar.

Ok...tak kiralah musim aper pun, kalau datang holiday ke sini pastikan bawak banyak-banyak moisturiser. Kulit memang cepat kering giler. Lip balm pun jangan lupa. Especially yang ada baby ataupun childrens below 12 years old. Kulit memang akan kering and bahagian upper lip selalunya akan gatal. Kalau dah gatal tu bebudak suka nak garu ngan gigi diorang kan. Bawak Bio Oil ataupun apa-apa ler yang korang gunakan. Kalau datang seminggu tu bawakler 2 botol, aper salahnyer. Lagi satu bebudak senang dapat sakit tekak. Kalau dah kat sini dapat sakit tekak, pastikan makan Strepsil dan telan Nurofen. Elakkan minuman yang bersusu. Seelok-eloknya minumler air Teh O. Tapi kalau tak kebah jugak, cepat-cepatler p jumpa doctor. Ada hospital kanak-kanak iaitu Prince Margaret Hospital. Untuk tourist macam kita ni, dia tak terima CASH. So pastikan ada card credit yer. Seelok-eloknyer p ler mana-mana clinic yang ada kat City tapi kena tunggu gakler berejam...

No comments:

Post a Comment