I really missed that announcement. Kalau kat KL mesti dah tercongok depan TV sebab nak tau bila mula puasa. Orang-orang islam di Perth mula berpuasa pada 12hb Ogos 2010 sehari lewat daripada Malaysia, Indonesia dan negara-negara islam yang lain. But yang kelakarnya, tak semua orang islam di Australia puasa serentak. Di Sydney, diorang start puasa macam kat Malaysia gaklah. Bila aku tanya lelaki arab yang menyewa bilik di rumah ni, katanya sebab tak nampak anak bulan. Toksahkan nak nampak anak bulan, mak bulan pun tak nampak. Di luar langit gelap gelita sampaikan bintang pun malu agaknyer nak menonjolkan diri. So kalau nak tau bila start poser, kenalah p masjid.......
So, first time fasting di negara orang, memangler berbeza. Pada permulaan Ramadhan masih lagi dalam musim Winter, jadi disebabkan malam lebih panjang daripada siang, azan Subuh berkumandang pada pukul 5.30 pagi dan azan maghrib pulak pukul 5.45 petang. Takler lama kitorang berpuasa Cuma cuaca begitu sejuk sekali membuatkan kitorang ni asyik nak tidur jer. Memang tak leh keluar mana-mana pun sebab sesekali angin bertiup dengan kencang walaupun setitik hujan pun tak turun. Kekadang plak hujan lebat sangat dan suhu mencecah 16 darjah selsius.
Kat Malaysia, mestiler bazaar Ramadhan tumbuh macam cendawan merata-rata. Ayam percik, ikan bakar, nasi beriani, lontong, kuih muih beraneka rasa dan rupa mesti menjadi juadah berbuka puasa yang lazat. Sampaikan kalau tak penuhler meja kat dapur dengan lauk-pauk kuih muih ditambah plak dengan beraneka air minuman, mesti tak sah. Nafsu nak membeli tu mesti meluap-luap sedangkan bila dah makan sikit dah kenyang. Last-last semua makanan terbuang jer. Tapi mungkin berlaku pada sesetengah orang takler semua kan……Mintak maafler kalau ada yang terasa.

Disebabkan tempat tinggal kitorang tak banyak restoran halal, jadi terpaksalah aku masak kat rumah. Ada satu Restoran Melayu Singapore, Tina’s Kitchen, tapi dia bukak dari pukul 11 tengahari sampai kul 3-00 petang jer. Menu yang disediakan pun takler banyak, nasi lemak, nasi goreng, laksa, spring roll and a few more dishes tapi aku rasa macam semua tu aku boleh masak sendiri. Chewahhhh…

Aku teponler mummy aku camner nak buat kuih keria...my childrens memang suker makan kuih keria ni...laki aku pun suker gak sebab dia manis...aku ader bukti aku buat sendiri tau....hehhehe

Pastu aku try buat roti canai...memangler aku tak reti nak tebar roti canai tu...bukan takder yang frozen tapi rasanya roti canai yang aku buat ni lebih sedap daripada yang di jual kat kedai mamak....anak aku makan 2 keping sorang...pat pun makan gak roti canai ni ngan kari ayam...finger licking good....ngeh ngeh ngeh....rupanyer tak lawa...tapi rasanyya yang sedap memang berbaloi....hahhaha

Aku pun try gak buat nasi minyak berlaukkan ayam masak merah...tapi terluperlah plak nak ambik gambar sebab masa tu dah nak masuk buka puasa.....so lain kali kalu aku masak aku post gambar dia ek...
Selamat Berbuka Puasa
No comments:
Post a Comment