Perkhidmatan pengangkutan yang paling popular disini ialah bas, train dan feri. Cuma perkhidmatan feri agak terhad sebab jetinya cuma dari City ke South Perth saja. Tambang feri untuk dewasa AUD1.70 and untuk kanak-kanak AUD1.00. Perjalanan ambik masa dalam 5-10 minit jer. Perkhidmatan bas pulak memang popular. Katalah kita naik bas dari rumah kita pastu nak turun kat town then nak naik keretapi p tempat lain boleh gunakan tiket bas yang sama.Cuma kena bagitau kat bas driver tu berapa tempat kita nak pergi. Kalau satu tempat then 1 zone kalau 2 tempat then 2 zone.
Alah senang citer macam nilah. Kalau kita ambik bas dari rumah kita kat puchong ke bas stand klang saja kita cuma cakap ngan driver tu nak p bas stand klang ajer kan, so perjalanan ni di panggil 2 SECTION. Tapi kalau kita dari puchong pastu nak turun kat central market, dari central market nak p jalan ampang naik lrt pulak, so perjalanan ni dikenali dengan 1 ZONE. Jadi takyahlah susah susah nak beli tiket kat lrt station sebab dengan tiket bas tadi terus jer naik train. So memang senang. Kalaulah kat kl macam nikan best. Selalunya bus schedule memang ontime ler...kalau terlepas bas kenalah tunggu dekat setengah jam...hehehhe... Oh, lagi satu, katalah kita nak p shopping kat town and ambik masa kurang dari 2 jam, kita pun boleh gunakan tiket yang sama iaitu 1 zone ticket. Agak-agak dah beli aper yang patut terusler balik dan gunakan tiket yang sama masa kita pergi tadi. Dekat tiket tu ader stated expiry time yang kita boleh gunakan.

Kalau nak naik train pun senang. Kalau terlepas train kenalah tunggu agak-agak dalam 10minit untuk train yang seterusnya. Cuma yang masalahnya kalau pemandu train mogok, memangler sakit sikit. Nak tunggu train satu jam belum tentu dapat.
Katalah kita nak sewa kereta masa holiday kat Perth nikan. Ada banyak car rental company kat sini tapi yang paling aku suka sekali company M2000. Company ni paling senang sekali nak berurusan. Company yg lain tu pun senang gak cuma kekadang kalau kita tak pakai credit card dia tak nak terima cash untuk bayar deposit. So dekat company M2000 kalau kita takder card credit nak bayar deposit ataupun diorang panggil bond untuk sewa kereta, kita boleh bayar in cash AUD800.00. Kalau pakai credit card dia akan charge hanya AUD500.00.
Harga sehari sewa kereta tertakluk kepada kereta aper yang kita nak sewa dan berapa hari kita nak sewa. Kalau nak sewa kereta macam Hyundai Elantra harga sewa kalau untuk weekend sahaja ialah AUD51.00 sehari tapi kalau kita sewa 7 hari dia bagiler murah sikit AUD30.00 sehari. Selalunya 100km yang pertama, minyak free. Bila ambik kereta tu pastikan condition kereta tu dulu. Kekadang ada kemek ker calar ker so bagitau ngan diorang so diorang akan tulis note yang masa kita ambik kereta memang conditionnya dah sebegitu.
Bila hantar kereta pada company tu balik, make sure time kita hantar tu sama dengan time kita ambik kereta tu. Kalau kita ambik kereta kul 10.00pagi, so pukul 10.00 pagilah jugak kita hantar balik. If not, diorang akan charge rental. Refund deposit cash dia akan bagi immediately if the car condition ok, then kita tak kena saman speed trap atau pun saman parking. Kalau refund credit card selalunya ambik masa 3 hari.
Kalau memandu di sini,ikutler peraturan. Kalau kawasan tu hanya untuk 110kmph, so make sure ikut. Kalau tak ikut, tunggu jerlah nanti ada lampu lip lap lip lap kat belakang then dia suruh kita berenti. Saman yang paling tinggi sekali AUD2500 dah dikenakan kepada pemandu Australia yang memandu 110kmph di kawasan sekolah. Jadi janganler terikut ikut rasa hati nak drive macam kat KL.
Actually paling senang sekali kalau nak pusing-pusing kat Perth ni,naik jerlah basikal. Laluan basikal memang ada disediakan jadi sewa jer basikal. Cuma harganya lebih kurang macamsewa keretalah plak...letihnya...sendiri mau ingatler...hehhehe
No comments:
Post a Comment