Hairan sungguh! Ke mana hilangnya ikan dan ubur ubur? Tiada seekor burung pun yang terbang diangkasa sedangkan semalam kelihatan ikan berenang-renang dalam kelompok yang besar melarikan diri daripada dikejar oleh 2 ekor ikan lumba-lumba dan sekumpulan burung yang mencari makanan. Kumpulan burung Seagull yang selalu cuba mencuri makanan daripada pengunjung taman ataupun pelanggan restoran yang menikmati hidangan di luar restaurant, turut tidak kelihatan. Kemana perginya mereka semua? Menyorokkan diri dari siapa?

Kitorang mengambil keputusan untuk bersantai kat town and King’s Park. Pulang daripada City dalam pukul 5 petang turut disambut dengan keheningan yang begitu menakjubkan. Tiada teriakan burung Kookaburra di kala ini yang selalunya mengilai di atas pokok Gum yang banyak di bumi Australia. Hinggakan ada sebuah lagu rakyat yang menerangkan hilaian burung Kookaburra yang membingitkan telinga dan menaikkan bulu roma kalau tidak biasa mendengarnya. Kalau kat Malaysia,mesti kita ingat hilaian sang langsuir yang terbang malam.
Sementara menunggu Pat menyediakan juadah berbuka puasa, tiba-tiba anak muda berbangsa arab yang menyewa bilik di rumah ini keluar dari biliknya seraya memberi salam. Hmmm! Semenjak awal puasa, tidak sekali pun dia ingin berbuka puasa di rumah dengan kitorang walaupun berkali-kali kitorang ajak. Dia akan berbuka puasa di masjid ataupun di rumah geng-geng arab yang seuniversiti dengannya. Sedangkan sewa bilik di bayar bersekali dengan duit makanan! Tetapi hari ini 26 Ramadhan bersamaan dengan malam Ramadhan yang ke 27, dia mengambil keputusan untuk berbuka puasa dengan kitorang sekeluarga walaupun juadahnya hanya buah kurma dan spaghetti.
Dhouban, itulah nama pemuda arab tu yang merupakan seorang guru bahasa arab yang melanjutkan pelajaran di Universiti WA dalam bidang Bahasa Inggeris. Biasanya dia akan mengaji Al-Quran dibiliknya dahulu sebelum pergi ke kuliah setiap pagi. Kemerduan suaranya menusuk kalbu. Hah…..sesapa yang berkenan, boleh bagitau aku ek…..hehehhe
Selepas solat Maghrib baruler kitorang menikmati juadah berbuka puasa. Sambil menikmati hidangan, Dhouban tanya pasal suasana hari ni. Aku pun bagitahulah tentang pemerhatianku terhadap persekitaran yang berlaku pada hari ini dan semalam. Dah sebulan lebih aku kat sini dan ini merupakan kali keempat aku melawat Perth, tak pernah pulak terasa keadaan yang begitu menyenangkan dan indah sekali seperti hari ini.
Sambil tersenyum, dengan lembut Dhouban berkata, itulah tanda-tanda alam menyambut Lailatul Qadar. Lailatul Qadar akan berlaku pada malam ini iaitu malam yang ke 27 Ramadhan. Terperanjatler aku bila mendengarnya! Mana pulak dia tahu bila turunnya Lailatul Qadar kerana setau aku ler Allah menyembunyikan turunnya Lailatul Qadar ni. Anyway, pengetahuan agama aku ni takler sedalam mana.Mungkin aku silap….
Dhouban berkata lagi, salah satu tanda-tandanya ialah anjing-anjing tidak menyalak, burung-burung tidak bising berkicauan, ikan-ikan turut menyembunyikan diri kerana binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan bertasbih memuji Allah. Suasana tenang sekali tidak seperti biasa. Seelok-eloknya malam ni elokler membaca Al-Quran selepas solat terawih dan berqiamulail.
Allahhualam………
No comments:
Post a Comment