My journey

Selamat Datang ke blog Perth Experience.

Tujuan ianya di buat adalah untuk memberitahu kepada semua keluarga, sanak saudara dan sahabat handai aktiviti-aktiviti yang berlaku semasa kami berada disini. Jadi andai kata ada yang nak pergi holiday ke sini, kiranya blog ini dapat memberi panduan sedikit sebanyak tentang Perth.

Jadi, apa tunggu lagi, Jom Chillex......




Wednesday, September 22, 2010

Fishing Boat Harbour

Jomler kita berjalan-jalan di Fishing Boat Harbour pulak. Watch fresh seafood being unloaded from the fishing boats ready to export or local despatch all year round from this port.




Bila dah berjalan-jalan tu mestiler perut terasa lapar pulak kan. Mailah singgah sebentar di Waterfront di mana terletaknya restaurant yang mempunyai pemandangan yang menarik seperti di San Francisco's Fisherman's Wharf. (kata orangler..aku pun tak sampai lagi ke San Francisco hehehhe).




Dalam banyak-banyak restaurant, Kailis Fish Market Cafe (www.kailis.com) was voted best fish and chips restaurant. Memang sedap fish and chips kat sini. Beside fish, bolehler order sotong, udang, mussle dan ketam. Side order like thousand island, mayo, sour cream, mash potato and etc..di jual berasingan.





Kalau tak suka makan ikan macam anak aku Jazz, boleh gak order chicken and chips. Harganya reasonable. Kitorang hari tu makan untuk 4 orang termasuk air adalah dekat AUD80.00.


Kalau dah kekenyangan sampai tak larat nak habiskan makanan, gua nak bagi WARNING sama korang. PLEASE DO NOT FEED THE BIRDS! Ada banyak burung Seagull di merata-rata ceruk negeri. Burungnya cantik macam burung merpati tapi amatlah bahaya terutama kepada anak-anak kecil yang tengah makan kudap-kudap. Silap-silap disambarnya makanan yang tengah dipegang. Kekadang burung ni akan kejar orang yang ada makanan di tangan.



Nilah dia burung Seagull. Kekadang dia terbang terlalu rendah jadi kenalah berhati-hati takut kepala tu dicakar dik kuku burung ni yang tajam. Selalu pastikan makanan di atas meja tu diperabihkan ataupun terus buang dalam tong sampah yang disediakan.



Apa-apa hal pun JAGALAH KEBERSIHAN !

No comments:

Post a Comment