My journey

Selamat Datang ke blog Perth Experience.

Tujuan ianya di buat adalah untuk memberitahu kepada semua keluarga, sanak saudara dan sahabat handai aktiviti-aktiviti yang berlaku semasa kami berada disini. Jadi andai kata ada yang nak pergi holiday ke sini, kiranya blog ini dapat memberi panduan sedikit sebanyak tentang Perth.

Jadi, apa tunggu lagi, Jom Chillex......




Thursday, September 23, 2010

Western Australia Maritime Museum



Just a walking distance from Fishing Boat Harbour, is the location of WA Maritime Museum. You'll be surprised that there is a huge submarine outside the Museum. Wait! don't go there yet!!!! You need to purchase tickets from the counter in the main building. Actually there are 2 section. You can either explore the submarine or you can choose to visit just the main building. The tickets for 2 adults and 2 children (family package) is AUD50.00 or per person AUD20.00. They sell tickets separately for submarine section and the main building section.





We decided to explore only the main building. Sometimes there are arts exhibition in the museum and it's free. You can see the local designers new design and art works. But since we are not an arts fan,this section are very boring. Whoops...sorry guys...

If you love marine life, adalah a bit of stories pasal ikan dugong, ikan paus dan macam-macam ikan lagilah. Ikan dalam tin pun ada sejarahnya. Kalu nak tengok sperm ikan paus yang real punya pun ada kat sini.







Banyak model-model kapal yang terdapat di sini seperti Fremantle First Lady ni.







As for the kids, they will love this place as they can pretend to navigate the ship. Just a simple activities but they will enjoy it!



Wednesday, September 22, 2010

Fishing Boat Harbour

Jomler kita berjalan-jalan di Fishing Boat Harbour pulak. Watch fresh seafood being unloaded from the fishing boats ready to export or local despatch all year round from this port.




Bila dah berjalan-jalan tu mestiler perut terasa lapar pulak kan. Mailah singgah sebentar di Waterfront di mana terletaknya restaurant yang mempunyai pemandangan yang menarik seperti di San Francisco's Fisherman's Wharf. (kata orangler..aku pun tak sampai lagi ke San Francisco hehehhe).




Dalam banyak-banyak restaurant, Kailis Fish Market Cafe (www.kailis.com) was voted best fish and chips restaurant. Memang sedap fish and chips kat sini. Beside fish, bolehler order sotong, udang, mussle dan ketam. Side order like thousand island, mayo, sour cream, mash potato and etc..di jual berasingan.





Kalau tak suka makan ikan macam anak aku Jazz, boleh gak order chicken and chips. Harganya reasonable. Kitorang hari tu makan untuk 4 orang termasuk air adalah dekat AUD80.00.


Kalau dah kekenyangan sampai tak larat nak habiskan makanan, gua nak bagi WARNING sama korang. PLEASE DO NOT FEED THE BIRDS! Ada banyak burung Seagull di merata-rata ceruk negeri. Burungnya cantik macam burung merpati tapi amatlah bahaya terutama kepada anak-anak kecil yang tengah makan kudap-kudap. Silap-silap disambarnya makanan yang tengah dipegang. Kekadang burung ni akan kejar orang yang ada makanan di tangan.



Nilah dia burung Seagull. Kekadang dia terbang terlalu rendah jadi kenalah berhati-hati takut kepala tu dicakar dik kuku burung ni yang tajam. Selalu pastikan makanan di atas meja tu diperabihkan ataupun terus buang dalam tong sampah yang disediakan.



Apa-apa hal pun JAGALAH KEBERSIHAN !

Fremantle







Once in Perth, you must go to Fremantle! If you dont go to Fremantle, it's like eating nasi lemak without the sambal. Ngeh..ngeh.. ngeh..

Fremantle is a working port, host to a big fishing fleet as well as container ships and large cruise vessels. Zaman dulu-dulu, kapal-kapal yang membawa ramai migrants terutama dari Sri Lanka dan India akan berlabuh di sini. Nama-nama migrants yang mula-mula sampai disini ada terpahat di luar Muzium Maritime. Actually masih ramai lagi migrants especially from Sri Lanka datang ke sini naik kapal but now the authority dah tak nak bagi diorang ni datang, so these people terpaksalah berumahtangga dalam bot yang diorang naik dan kapal diorang berlabuh di luar pantai Australia tetapi bersempadan dengan Indonesia iaitu di perairan antarabangsa. Now diorang ni dikenali dengan nama "Boat People".



There are lots of old buildings around here and many of the buildings have been painstakingly restored. I passed by the old Fire Station which they turned it to be a restaurant but i forgot to take the photo. Sigh! Anyway, there are always something happening around the town - festivals, street performances, art and photography exhibitions.




You can catch a train from Perth train station to Fremantle at Platform 7. Purchase family day ticket which only cost you AUD9.00 for 4 person (2 adults 2 childrens). Just use the same tickets if you need to travel by bus on the same day. Keep the tickets until you get home. Or else just pay for the normal tickets price.

If you like to cruise then jump on board with Captain Cook Cruises. You can enjoy views that you can only see from the river - magnificent riverside homes, famous yatch clubs, the Old Swan Brewery and Kings Park. Kekadang dolphins melompat-lompat sebelah kapal mengiringi perjalanan ke Fremantle atau dari Fremantle.




Things to do in Fremantle.

1. Lepak minum coffee along the famous `cappuccino strip'.
2. Bawakler anak-anak ke Time Zone iaitu tempat main machine games and other indoor games.
3. Berpicnic di taman yang berdekatan, so jangan lupa bawa bekalan dari rumah.
4. Kalu malas nak berpicnic, boleh try the best fish and chip n town di Fishing Boat Harbour.
5. Setiap Sabtu dan Ahad ada street performance berdekatan dengan Fremantle Market.
6. Buah-buahan segar, souveniers dan makanan halal dan murah terdapat di Fremantle Market.
7. Melawat Muzium Maritime, Arts Gallery dan Penjara Lama.
8. Bersantai di tepi pantai.









Kalau nak stay one nite or two nites kat Fremantle pun bagus gak. Dapatlah tengok suasana di waktu malam. Boleh ler try THE GHOSTLY TOUR yang diadakan every friday night. Ada berani?



Thursday, September 16, 2010

Happy Father's Day







Australian celebrates Father's Day on first weekend of September. Unlike us in KL, they move forward Father’s Day celebration from July to September due to many events that happens in the early year in Australia. Rina and Jazz have made simple cards for Pat as a Father’s Day gift and Pat decided to take us to King’s Park.

So, kitorang pun hop on the ferry at 12.00 noon and took the bus from the city to King’s Park. It was a lovely spring and sunny day. We walked around the park and decided to stop at the botanic garden. The wildflowers bloom wonderfully at the park. There are Large Fruited-Mallee, Plumed Featherflower, Ashby’s Banksia, well, just to name a few.

Kalau Malaysia ada Bunga Raya or Hibiscus as a symbol for the country, Australia pun ada bunga yang melambangkan negaranya iaitu Mangle Kangaroo Paw flowers taking the name from the leaves of the plants which look like kangaroo paw.

In conjunction of the King’s Park Festival, they are group of performers entertains the crowds at the water fountain area. Disebabkan kitorang sampai lewat, so we missed the morning group performers. Around 2pm there are colourful dress band performing South American beats marching from the fountain area to the War Monuments. We follow them like rats followed the Pied Piper. The performance consider ok jerlah sebab sepanjang kitorang ikut diorang tu, beats yang dimainkan sama jer. Cuma yang syok tengok diorangnyer colourful dress and the design jerlah tapi Malaysia nyer flower festival lagi gempak beb!!!!!. Dah ambik gambar diorang buat persembahan, we went home sebab dah terasa sejuk kat atas bukit tu. Furthermore, it’s Pat’s turn to cook tonight for buka puasa.

“Happy Father’s Day”

Wednesday, September 15, 2010

Malam Lailatul Qadar

Pemandangan dari balcony rumah yang mengadap Swan River sungguh indah sekali. Spring telah tiba!!! Kami mengambil keputusan untuk menaiki feri pergi ke city of Perth untuk menikmati hari yang indah di hujung minggu. Sementara menunggu feri tiba, kami cuba mencari anak-anak ikan dan ubur-ubur yang selalu bermain ditepian sungai.

Hairan sungguh! Ke mana hilangnya ikan dan ubur ubur? Tiada seekor burung pun yang terbang diangkasa sedangkan semalam kelihatan ikan berenang-renang dalam kelompok yang besar melarikan diri daripada dikejar oleh 2 ekor ikan lumba-lumba dan sekumpulan burung yang mencari makanan. Kumpulan burung Seagull yang selalu cuba mencuri makanan daripada pengunjung taman ataupun pelanggan restoran yang menikmati hidangan di luar restaurant, turut tidak kelihatan. Kemana perginya mereka semua? Menyorokkan diri dari siapa?



Kitorang mengambil keputusan untuk bersantai kat town and King’s Park. Pulang daripada City dalam pukul 5 petang turut disambut dengan keheningan yang begitu menakjubkan. Tiada teriakan burung Kookaburra di kala ini yang selalunya mengilai di atas pokok Gum yang banyak di bumi Australia. Hinggakan ada sebuah lagu rakyat yang menerangkan hilaian burung Kookaburra yang membingitkan telinga dan menaikkan bulu roma kalau tidak biasa mendengarnya. Kalau kat Malaysia,mesti kita ingat hilaian sang langsuir yang terbang malam.

Sementara menunggu Pat menyediakan juadah berbuka puasa, tiba-tiba anak muda berbangsa arab yang menyewa bilik di rumah ini keluar dari biliknya seraya memberi salam. Hmmm! Semenjak awal puasa, tidak sekali pun dia ingin berbuka puasa di rumah dengan kitorang walaupun berkali-kali kitorang ajak. Dia akan berbuka puasa di masjid ataupun di rumah geng-geng arab yang seuniversiti dengannya. Sedangkan sewa bilik di bayar bersekali dengan duit makanan! Tetapi hari ini 26 Ramadhan bersamaan dengan malam Ramadhan yang ke 27, dia mengambil keputusan untuk berbuka puasa dengan kitorang sekeluarga walaupun juadahnya hanya buah kurma dan spaghetti.

Dhouban, itulah nama pemuda arab tu yang merupakan seorang guru bahasa arab yang melanjutkan pelajaran di Universiti WA dalam bidang Bahasa Inggeris. Biasanya dia akan mengaji Al-Quran dibiliknya dahulu sebelum pergi ke kuliah setiap pagi. Kemerduan suaranya menusuk kalbu. Hah…..sesapa yang berkenan, boleh bagitau aku ek…..hehehhe

Selepas solat Maghrib baruler kitorang menikmati juadah berbuka puasa. Sambil menikmati hidangan, Dhouban tanya pasal suasana hari ni. Aku pun bagitahulah tentang pemerhatianku terhadap persekitaran yang berlaku pada hari ini dan semalam. Dah sebulan lebih aku kat sini dan ini merupakan kali keempat aku melawat Perth, tak pernah pulak terasa keadaan yang begitu menyenangkan dan indah sekali seperti hari ini.

Sambil tersenyum, dengan lembut Dhouban berkata, itulah tanda-tanda alam menyambut Lailatul Qadar. Lailatul Qadar akan berlaku pada malam ini iaitu malam yang ke 27 Ramadhan. Terperanjatler aku bila mendengarnya! Mana pulak dia tahu bila turunnya Lailatul Qadar kerana setau aku ler Allah menyembunyikan turunnya Lailatul Qadar ni. Anyway, pengetahuan agama aku ni takler sedalam mana.Mungkin aku silap….

Dhouban berkata lagi, salah satu tanda-tandanya ialah anjing-anjing tidak menyalak, burung-burung tidak bising berkicauan, ikan-ikan turut menyembunyikan diri kerana binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan bertasbih memuji Allah. Suasana tenang sekali tidak seperti biasa. Seelok-eloknya malam ni elokler membaca Al-Quran selepas solat terawih dan berqiamulail.

Allahhualam………

Tuesday, September 14, 2010

Ramadhan 2010

“Saya penyimpan mohor besar raja-raja mengisytiharkan, tarikh permulaan puasa………”

I really missed that announcement. Kalau kat KL mesti dah tercongok depan TV sebab nak tau bila mula puasa. Orang-orang islam di Perth mula berpuasa pada 12hb Ogos 2010 sehari lewat daripada Malaysia, Indonesia dan negara-negara islam yang lain. But yang kelakarnya, tak semua orang islam di Australia puasa serentak. Di Sydney, diorang start puasa macam kat Malaysia gaklah. Bila aku tanya lelaki arab yang menyewa bilik di rumah ni, katanya sebab tak nampak anak bulan. Toksahkan nak nampak anak bulan, mak bulan pun tak nampak. Di luar langit gelap gelita sampaikan bintang pun malu agaknyer nak menonjolkan diri. So kalau nak tau bila start poser, kenalah p masjid.......

So, first time fasting di negara orang, memangler berbeza. Pada permulaan Ramadhan masih lagi dalam musim Winter, jadi disebabkan malam lebih panjang daripada siang, azan Subuh berkumandang pada pukul 5.30 pagi dan azan maghrib pulak pukul 5.45 petang. Takler lama kitorang berpuasa Cuma cuaca begitu sejuk sekali membuatkan kitorang ni asyik nak tidur jer. Memang tak leh keluar mana-mana pun sebab sesekali angin bertiup dengan kencang walaupun setitik hujan pun tak turun. Kekadang plak hujan lebat sangat dan suhu mencecah 16 darjah selsius.

Kat Malaysia, mestiler bazaar Ramadhan tumbuh macam cendawan merata-rata. Ayam percik, ikan bakar, nasi beriani, lontong, kuih muih beraneka rasa dan rupa mesti menjadi juadah berbuka puasa yang lazat. Sampaikan kalau tak penuhler meja kat dapur dengan lauk-pauk kuih muih ditambah plak dengan beraneka air minuman, mesti tak sah. Nafsu nak membeli tu mesti meluap-luap sedangkan bila dah makan sikit dah kenyang. Last-last semua makanan terbuang jer. Tapi mungkin berlaku pada sesetengah orang takler semua kan……Mintak maafler kalau ada yang terasa.



Disebabkan tempat tinggal kitorang tak banyak restoran halal, jadi terpaksalah aku masak kat rumah. Ada satu Restoran Melayu Singapore, Tina’s Kitchen, tapi dia bukak dari pukul 11 tengahari sampai kul 3-00 petang jer. Menu yang disediakan pun takler banyak, nasi lemak, nasi goreng, laksa, spring roll and a few more dishes tapi aku rasa macam semua tu aku boleh masak sendiri. Chewahhhh…



Aku teponler mummy aku camner nak buat kuih keria...my childrens memang suker makan kuih keria ni...laki aku pun suker gak sebab dia manis...aku ader bukti aku buat sendiri tau....hehhehe



Pastu aku try buat roti canai...memangler aku tak reti nak tebar roti canai tu...bukan takder yang frozen tapi rasanya roti canai yang aku buat ni lebih sedap daripada yang di jual kat kedai mamak....anak aku makan 2 keping sorang...pat pun makan gak roti canai ni ngan kari ayam...finger licking good....ngeh ngeh ngeh....rupanyer tak lawa...tapi rasanyya yang sedap memang berbaloi....hahhaha



Aku pun try gak buat nasi minyak berlaukkan ayam masak merah...tapi terluperlah plak nak ambik gambar sebab masa tu dah nak masuk buka puasa.....so lain kali kalu aku masak aku post gambar dia ek...

Selamat Berbuka Puasa

Thursday, September 2, 2010

Weather and Moisturiser

Negara Down Under ni ader 4 musim iaitu Summer,Autumn, Winter and Spring atau pun musim panas, luruh, sejuk dan bunga. Musim panas kat sini lebih kurang dalam bulan December,so tak der SNOW kat sini melainkan di Blue Mountain (dekat ngan Sydney). Sesapa yang nak holiday masa cuti sekolah akhir tahun, silalah datang ke Perth sebab kebanyakkan aktiviti yang menarik memang masa bulan ni. Cuma weather lebih perit sikit ler dari kat Malaysia. Kekadang boleh touch sampai 41 degree pada waktu matahari tengah tegak kat atas kepala.

So pada tiga musim lagi, suhu agak sejuk sikit. Fall dalam bulan March which kebanyakkan daun-daun pokok dah mula luruh. Kekadang bebulan-bulan tengok banyak pokok togel jer macam dah mati tapi sebenarnya hidup. Paling tak best sekali Winter sebab suhu boleh touch sampai 3 degree. Sejuk wei....unless you all memang suka dengan suhu yang sejuk banget ni oklah. Hujan tak menentu. Kekadang kaji cuaca kata esok hujan tapi tak hujan tapi bila dia kata ari ni panas tapi hujan pulak. So selalunya depa overcast. Bila musim hujan angin memang kuat sebab angin gurun bertemu plak ngan angin laut, perghhh.....sojuk giler dibuatnyer. Kekadang turun hujan air batu besar bola golf macam yang baru berlaku pada bulan March 2010 yang lalu. Jadi mana-mana kereta yang parking kat open parking tu, alahai kesian kalau tengok. Dahler cermin retak, body kereta tu macam kena ketuk dengan benda bulat. Habis berlekuk-lekuk. Insurance tak covered plak tu. So kalau datang Perth ada ternampak kereta yang macam kena tembak tapi tak berlubang tu maknanya akibat hujan air batu ler.

Spring pulak begin in September. Masa Spring ni bunga-bunga mulalah berkembang. Mana pokok-pokok yang togel dulu dah mula nampak pucuk daunnya. Hujan adaler sikit-sikit. Cuaca agak sejuk lebih kurang 17 degree. Kalau tak nak datang holiday masa Summer so kena datang masa Spring. Banyak event masa Spring ni. Cuaca yang begitu nyaman sekali dengan udara yang begitu segar.

Ok...tak kiralah musim aper pun, kalau datang holiday ke sini pastikan bawak banyak-banyak moisturiser. Kulit memang cepat kering giler. Lip balm pun jangan lupa. Especially yang ada baby ataupun childrens below 12 years old. Kulit memang akan kering and bahagian upper lip selalunya akan gatal. Kalau dah gatal tu bebudak suka nak garu ngan gigi diorang kan. Bawak Bio Oil ataupun apa-apa ler yang korang gunakan. Kalau datang seminggu tu bawakler 2 botol, aper salahnyer. Lagi satu bebudak senang dapat sakit tekak. Kalau dah kat sini dapat sakit tekak, pastikan makan Strepsil dan telan Nurofen. Elakkan minuman yang bersusu. Seelok-eloknya minumler air Teh O. Tapi kalau tak kebah jugak, cepat-cepatler p jumpa doctor. Ada hospital kanak-kanak iaitu Prince Margaret Hospital. Untuk tourist macam kita ni, dia tak terima CASH. So pastikan ada card credit yer. Seelok-eloknyer p ler mana-mana clinic yang ada kat City tapi kena tunggu gakler berejam...