My journey

Selamat Datang ke blog Perth Experience.

Tujuan ianya di buat adalah untuk memberitahu kepada semua keluarga, sanak saudara dan sahabat handai aktiviti-aktiviti yang berlaku semasa kami berada disini. Jadi andai kata ada yang nak pergi holiday ke sini, kiranya blog ini dapat memberi panduan sedikit sebanyak tentang Perth.

Jadi, apa tunggu lagi, Jom Chillex......




Thursday, August 26, 2010

Perth Airport - Custom Clearance

Tak kiralah nak ke mana-mana destinasi antarabangsa, selalunya flight attendant akan bagi kita sekeping kad setiap seorang. Pastikan setiap butir di isi dengan betul menggunakan ball pen colour biru atau hitam. Colour lain tak sesuai ok....

Selepas kapal terbang mendarat, yang penting sekali cek hand luggage di compartment atas kepala dan di bawah kaki kerusi. Mana tau ada tertinggal apa-apa beg yang comel-comel. Bila menuju ke bahagian imigration counter, tengok betul betul lorong mana untuk international passenger. Kadang-kadang kalau lorong tersebut ramai sangat, diorang akan buka lorong di bahagian domestic passenger. So ..nasib-nasibler yer...

Bila officer imigration panggil, so keluarkan passport bersama-sama dengan kad yang telah diisi tadi. Selalunyer di kaunter imigration diorang akan tanya serba sikit soalan peribadi. Datang situ bercuti ke? Kalau tak tinggal di hotel dia akan tanya alamat kat dalam borang tu alamat siapa? Kalau bawak anak-anak dia akan tanya school holiday ke kat Malaysia? Selalunye sekejap jerler di kaunter imigration. Selesai jer passport di cop oleh officer imigration, boleh ler simpan passport dalam beg. Tapi kad yg diisi di atas kapal terbang tadi akan di periksa lagi oleh bahagian kastam.

So pegang dulu kad tu. Selesai di kaunter imigration barulah boleh ambik luggage. Check luggage betul betul baruler pergi ke bahagian custom clearance. Di bahagian nilah yang paling critical sekali. Keluarkan kad tadi sebab ada beberapa custom officer akan cek kad tersebut kerana mereka akan ambil kad tu dan simpan.

Bila jumpa custom officer yang pertama, dia akan tanya beberapa soalan dan catitkan kod-kod diatas kad yang hanya difahami oleh pihak kastam. Kemudian dia akan serahkan balik kad tu dan kita akan berjumpa pulak dengan custom officer yang kedua. Sekali lagi dia akan tengok kad tersebut. Sekiranya kita travel alone, selalunya dia akan halakan kita ke lorong yang berasingan. My experience masa travel seorang diri ke Perth tahun lepas amatlah menyeramkan. Menggeletarlah jugak dibuatnya bila officer tu tanya macam-macam. Bila beli tiket kapal terbang? Jumpa siapa kat Perth? org yang kita nak jumpa tu ada kat luar tak? Beli tiket kapal terbang dengan cash atau card credit? Ooooi...berkodi-kodi soalan yang ditanyakan. Hah..kalau bawak handphone, SIM card kita dia akan scan. Beg kita dia akan bukak dan cek satu-satu. Wallet kita pun dia akan periksa dan scan. Dia scan wallet kita tu sebab nak tengok kalau-kalau boleh jumpa serbuk-serbuk dadah yang kita pegang ada tak terpalit kat wallet tu. Alah...kalau tengok CSI kan selalu diorang cek-cek thumbprint guna scanner yang ultra violet tu, lebih kurang macam tu ler. Selalunya dia suspect passenger yang travel alone ni "Keldai Dadah". Sebab tu dia betul-betul check. Kalau dia tak puas hati, dia akan panggil 2 orang custom officer yang lain dan escort kita ke toilet dan suruh kita buang air tak kiralah kecik ke besar, DEPAN DIA. Tidak dibenarkan menutup pintu sama sekali sebab dia takut bukti-bukti akan dibuang ke dalam lubang jamban. Ooh...lupa plak. Lubang jamban dia ada jaring. Mana tau penyeludup dadah sorokkan dadah dalam lubang dubur. Walau bagaimana pun tak semua yang travel alone akan di periksa macam ni.kalau nasib baik lepas, nasib tak baik berkodi-kodi soalan dia akan tanya.

Kalau travel dengan family yang ada anak kecik, selalunya officer akan tanya ada bawak baby food tak? Atau pun dry food? Kalau ada bawak kena declare dengan officer tu. Kalau nasib baik dia akan bagi bawak tapi selalunya dia akan buang. Lagi satu, kalau masa dalam kapal terbang ada beli air nescafe ke tea ke, pastu kalau ada lebih sachet kita terus masuk dalam beg kan. Hah...itu pun kena declare kat kastam. My friend yang memang penduduk Australia yang baru balik dari KL kena denda dengan custom tak lebih dari AUD200 sebab tak declare sachet nescafe yang dibeli dalam pesawat.

Lagi satu, kalau kita ni ada bawak ubat dari KL, tak kisahlah ubat senggugut ke, yang berbentuk pil ataupun liquid, jangan lupa surat dari doktor pun kita bawak sekali. Kalau tak, hah...berkodi-kodi lagi soalan akan ditanya.

The best way is kalau nak p negara Down Under ni, JANGAN BAWA MAKANAN KERING, UBAT-UBATAN ATAU CENDERAMATA YANG BERUNSUR KAYU KAYAN. Banyak songehnyer nanti!!!! Kalau nak beli ubat, minta prescription dari doctor kat kl dan beli kat sini. Harganya lebih kurang sama. Kalau nak makan belacan, kat sini pun ada jual belacan so tak payah bawak belacan dari KL. Kalau nak bagi kengkawan gift, bagi jer Pashmina, diorang memang suka dengan Pashmina tak payah ler beli ukiran-ukiran kayu. Memang tak lepas nyer!!!!!

Tapi kalau kita ni memang dikategorikan bernasib baiklah hari tu. Second custom officer akan tunjukkan kita EXIT way terus. Tak yah kena cek langsung. And thats what happen to me this trip. Just terus keluar ke pintu EXIT.....what a wonderful feeling!!!!

No comments:

Post a Comment