My journey

Selamat Datang ke blog Perth Experience.

Tujuan ianya di buat adalah untuk memberitahu kepada semua keluarga, sanak saudara dan sahabat handai aktiviti-aktiviti yang berlaku semasa kami berada disini. Jadi andai kata ada yang nak pergi holiday ke sini, kiranya blog ini dapat memberi panduan sedikit sebanyak tentang Perth.

Jadi, apa tunggu lagi, Jom Chillex......




Thursday, August 19, 2010

Flight D7212 Air Asia

Alamak! Panjangnya barisan di kaunter check in. Jam dah menunjukkan pukul 9.05 minit pagi. Ramai orang rupanya nak ke Perth hari ni. Dah 15 minit berdiri di barisan yang tidak bergerak-gerak, kami di arahkan ke kaunter extra yang disediakan untuk mengurangkan kesesakan di kaunter yang ada. Selesai semua urusan di kaunter, kami segera mendakap ahli keluarga yang turut menghantar kami pada pagi itu. Suasana begitu pilu sekali dengan esakan tangis masing-masing.Dari atas escalator, kami melambai ke arah mereka sehingga wajah-wajah mereka hilang dari pandangan.

Oh! Aku hampir terlupa. Pat dah pesan supaya beli sekarton rokok dari Free Duty Shop. Tak kiralah rokok jenis apa, harganya tetap sama RM64.00 sekarton. Sedang aku berdiri untuk membayar, (ramailah pulak orang yang beli rokok) tiba-tiba nombor penerbangan ku kedengaran dari corong PA. Semua penumpang diarahkan ke pintu gate berlepas. Alamak! Amoi cashier ni lembablah pulak. Masih ada 4 orang lagi di hadapanku. Entah ape yang buat Amoi ni terhegeh hegeh. Panggilan terakhir untuk penumpang penerbangan D7212. Alamak! Camnerni...

Nasiblah mamat yang berdiri di hadapan faham keadaanku. Dia suruh aku bayar dulu. God bless U my man! Rasa nak cium jer pipi mamat tu tapi takperlah.....hehehhe. Selesai jer aku bayar, aku pun berlari menuju ke pintu gate. Alamak! Aku orang yang terakhir ke? Oh tidak! Seperti biasa kalau naik penerbangan Air Asia di LCCT,(Everyone Can Fly!) terpaksalah berjalan kaki sikit menuju ke arah kapal terbang. Nasibler ada orang yang directkan kami kapal terbang mana nak naik, banyak sangat kapal terbangnya!

Dah masuk ke dalam kapal terbang, tibalah masanya nak cari tempat duduk. Ok dah dapat! 23H,23J,23K. Aku pun suruhlah Jazz and Rina duduk. Tetiba ada plak mamat cina sorang ni berdiri. Mat Salleh belakang seat aku tanya kat cina tu nombor tempat duduk dia. Dia pun katalah 24J. Then mat salleh tu tunjuk ke kerusi yang aku duduk. Alamak! Aku sudah salah seatlah! Ceh! Macam first time plak aku naik kapal terbang. Tapi aku tengok tempat duduk 23J ada orang lain duduk. Aku pun tanyalah apa nombor seat dia, rupanya dia main duduk jer mana mana yang kosong. Chit! Taklah aku terasa malu sangat. Hehehe...Anak-anak ku merungut-rungut...Malu! kata depa...eleh...

Anyway, keadaan sebegitu memang biasa kalau naik pesawat Air Asia, Everyone Can Fly! Walaupun dah diberikan nombor seat, kalau ada tempat yang kosong, boleh duduk jer. Unlike kalau naik Jetstar. Pramugari dia suruh kita duduk dekat nombor kerusi yang diberikan, bila dah diawangan baruler boleh tukar kerusi.

Kapten kapal dah bagitau yang kapal terbang dah nak berlepas. Dengan perlahan, kapal mula bergerak menuju ke landasan. Dah dekat 5 minit menunggu, kapal tak bergerak dari landasan. Sekali lagi kedengaran suara kapten kapal yang memberitahu kelewatan penerbangan berlepas disebabkan kesesakan di landasan utama. Hah! Siapa kata naik kapal terbang tak jem???

Tepat jam 10.40 pagi, kami berlepas dari LCCT Sepang menuju ke Perth, Australia dengan menaiki pesawat D7212 Air Asia, Everyone Can Fly! Penerbangan mengambil masa selama 5 jam 35 minit. Mata mula mengantuk, maklumlah awal bangun. Kami mengambil keputusan untuk melelapkan mata seketika. Dalam pukul 11.15 pagi aku dikejutkan oleh pramugari yang bertugas semata-mata nak tanya makanan yang aku pre-order masa aku booked ticket nak dihidangkan sekarang atau sekejap lagi. Angin betul aku! Takkan lah dia tak nampak aku dan anak-anak tengah tido... dengan senyum kelat aku kata sekejap lagi.Mata aku tak nak tido balik. Terkebil-kebil aku baca magazine yang ada.

Oh...yang bestnyer kali ni naik Air Asia, Everyone Can Fly! kerusi dia boleh di baringkan sikit ke belakang. So bila nak tido, selesalah sikit. Tak macam penerbangan yang lepas-lepas, sakit tengkok bila kena tido menegak. So, kira dah upgrade sikit ler...hehhehe

Hampir pukul 12 tengahari, staff Air Asia mula sibuk menghidangkan juadah makanan. Aku pun beritahu staff tadi, tentang makanan yang aku dah pre-order. Dengan senyum kelat pula dia membalas sebelum berlalu mengambil makanan aku dari kitchen. hehehhe... Mungkin sebab kulit aku gelap sikit kot, sebab tu layanannya begitu. Kalau putih melepak, sudah pasti dia akan jawab yes sir no sir...if u jump i jump too sir...piirahhhh...

Anak-anak aku dihidangkan dengan kids meal yang aku dah pre-order iaitu meatball spaghetti dan aku pula dengan nasi kemak. In the end, aku yang kena perabihkan spaghetti tu sebab kuah dia ciputler sangat tapi noodles dia banyak. Macam manerler nak makan. Diorang perabihkan nasi lemak yang aku order. Takperlah.... Dalam set kid meals ada disediakan air ribena sekotak, biskut oreo, dried kismis and sekotak colour pensil. Kira okler dengan charge yang dikenakan. Kalau nak makan maggi, sediakan jerlah RM5...hehhee...tak sesuai......

Penerbangan kali ni di sebelah pagi, jadi agak susah jugaklah nak melelapkan mata selepas makan. Tapi anak-anakku bantai tido balik bila perut dah kenyang. Rina terus pening kepala sebab bau makanan dalam flight yang agak memualkan. Kedengaran suara kapten dari corong PA system. Katanya kami akan melalui hujan ribut di kawasan perairan Lautan Hindi. Alamak! Kecut perut aku...nasib bebudak dah tidur. Sebanyak 3 kali air pocket yang dialami, tapi aku masih boleh relax lagiler...kiranya air pocket kali ni tak seteruk air pocket sewaktu aku pergi mengerjakan Umrah tahun 2002. Ituler air pocket yang paling ngeri bagi aku...berat dosa kot...maklumlah nak pergi buat Umrah...

Disebabkan kesesakan sewaktu berada di LCCT, Sepang, pesawat D7212 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada pukul 4.05 petang. 10 minit lewat daripada yang telah dijadualkan. Setiap penumpang diarah berada di tempat duduk walaupun penerbangan telah selamat mendarat atas arahan pihak berkuasa Australia. Kami difahamkan seorang pegawai kesihatan dari pihak berkuasa Australia akan berada diatas pesawat tetapi sebab-sebab kenapa dan mengapa tidak dijelaskan. Lebih kurang 5 - 10 minit berlalu, barulah kami dibenarkan meninggalkan pesawat. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment