My journey

Selamat Datang ke blog Perth Experience.

Tujuan ianya di buat adalah untuk memberitahu kepada semua keluarga, sanak saudara dan sahabat handai aktiviti-aktiviti yang berlaku semasa kami berada disini. Jadi andai kata ada yang nak pergi holiday ke sini, kiranya blog ini dapat memberi panduan sedikit sebanyak tentang Perth.

Jadi, apa tunggu lagi, Jom Chillex......




Tuesday, January 4, 2011

Hujan.............

Semalam panas lebih kurang 36 darjah....teriknya Ya Allah....membakar kulit. Walaupun aku and the kids hanya berada di dalam rumah sepanjang hari, tapi kulit kami dah bertambah gelap....

Cuaca panas terik macam ni membuatkan mata mengantuk dan malas nak buat kerja satu benda pun....

Alhamdulillah pagi ni hujan mula turun. Telah hampir 2 minggu aku di sini, inilah kali pertama hujan turun pada musim panas ni. Hujan taklah selebat mana tapi irama hujan di luar begitu menyejukkan hatiku. Hembusan angin dari Sungai Swan menyejukkan tubuh badan dan sekaligus membuatkan mata kembali mengantuk....

Ishh...macam mana ni...panas mengantuk...sejuk pun mengantuk???? Itu semua alasan tak nak buat kerjalah tu.....hehhehe

No comments:

Post a Comment